Keluarga ku
Maklumat Berkaitan Ibu Saya: Pn. Hjh. Ruminah Binti Nodo
- Memperlihatkan peribadi yang bermoral tinggi.
- Memperlihatkan peribadi yang penyayang.
- Mempunyai ciri kepimpinan dari perbagai segi.
- Seorang yang penyayang
- Memperlihatkan ciri-ciri keharmonian keluarga.
Keterangan lain.
Beliau mempunyai sifat keibuan yang tinggi. Sanggup berkorban apa saja demi kejayaan anak- anak dan keluarga.Saat dalam serba kesusahan ketika anak masih kecil, sanggup mengayuh basikal,mengendong,membawa anak bersama semasa bekerja- menoreh getah. Mendahulukan anak-anak dari segi makan dan minum. Beliau pastikan anak-anak makan walaupun beliau tidak makan (tidak cukup).Beliau sanggup bergolok bergadai untuk membesarkan dan mempastikan anak-anak mendapat pendidikan.Beliau mempunyai semangat yang tinggi dan berusaha untuk mengubah hidup yang susah.Beliau mempunyai matlamat (niat) dalam diri untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan kerana dengan mempunyai ilmu pengetahuan anak-anak diharap tidak hidup susah seperti beliau dan suami alami.
Beliau seorang ibu yang tegas tetapi penyayang dalam mendidik anak-anak.Beliau sentiasa mengambil berat tentang anak-anak. Mengambil tahu setiap pergerakan anak. Kemana mereka keluar dan berkawan dengan siapa?Semasa anak kecil, beliau sanggup mengejar anak, menyuruh mereka balik dari bermain, untuk mempastikan kerja sekolah dibuat segera. Beliau dan suami sentiasa memantau buku dan perkembangan anak dalam pelajaran.Walaupun beliau tidak berpendidikan tinggi tetapi beliau akan pastikan kerja rumah anak-anaknya sentiasa siap dibuat dan anak perlu mengulangkaji pelajaran dirumah. Beliau dan suami membelikan anak-anak buku kerja sebagai latihan tambahan dirumah.Beliau mendapatkan pertolongan anak saudara yang lulus LCE/ MCE untuk mengajar anak-anak dan sanggup menghantar mereka ke rumah mereka kerana ketika itu tiada kelas tambahan. Beliau sentiasa menjaga kewangan rumahtangga, mempastikan wang tidak digunakan tanpa faedah.Begitu berjimat cermat dan perbelanjaan anak-anak dari segi pelajaran diutamakan terutama membelikan anak-anak buku-buku rujukan yang perlu.
Beliau sentiasa mengambil peluang untuk mempertingkatkan diri. Beliau sanggup berkursus Urusan Rumah Tangga selama 3 bulan di Melaka, anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar meninggalkan anak kedua berumur 10 bulan ketika itu.Beliau berazam untuk memperlengkapkan diri menjadi isteri dan ibu yang baik dalam menguruskan rumahtangga
Kepimpinan:
-Kini , beliau menjadi seorang usahawan tani. Mempunyai ladang jagung seluas 30 ekar (tanah sewa) dan mempunyai 8 orang pekerja.
- Ketua Peladang Wanita Parit Panjang 2007 - kini
-Ketua Marhaban
-Ketua Tahlil/ Yasin
-Ketua Nasyid
-Ketua mandikan jenazah
-J/K Kemajuan Kampung (JKK)
-J/K Masjid
-J/K Kendarat
Beliau seorang ibu yang sangat pandai memasak. Masakannya digemari oleh semua ahli keluarga termasuk menantu dan cucu-cucu.Air tangannya menjadi kesukaan semua.Beliau sentiasa menghidangkan masakan kegemaran keluarga setiap kali ahli keluarga berkumpul.
Beliau sentiasa mengingati anak-anak dan cucu-cucu supaya tidak meninggalkan solat 5 waktu dan mengamalkan membaca Al-Quran selepas sembahyang.
Beliau melayan anak-anak dan manantu sama rata, tiada pilih kasih. Beliau memberi nasihat berhemah sekiranya anak-anak ada sebarang masalah.Beliau sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak dan keluarga .